Seksyen 47
Pensubahatan dan percubaan
of Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008
ActIn forceProvision 47 of 55
Seksyen 47
(1)
Mana-mana orang yang bersubahat atau cuba untuk melakukan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum di bawah Akta ini boleh dihukum dengan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
(2)
Seseorang yang melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan bagi atau bagi membantu pelakuan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini boleh dihukum dengan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
Pekhidmat awam