Skip to content

Seksyen 55

Pencegahan anomali

of Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008

ActIn forceProvision 55 of 55
Seksyen 55
(1)

Menteri boleh, selepas berunding dengan Pihak Berkuasa

Pengurusan, apabila difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk berbuat demikian, sama ada bagi maksud menghapuskan kesulitan atau mencegah anomali yang berbangkit daripada pembuatan Akta ini, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta membuat apa-apa ubah suaian kepada mana-mana peruntukan dalam Akta ini.

(2)

Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen ini selepas habis tempoh dua tahun dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.

(3)

Dalam seksyen ini, “ubah suaian” termasuk pindaan, penambahan, pemotongan, penggantian, penyesuaian, perubahan, pengubahan dan ketidakpakaian mana-mana peruntukan Akta ini.

50 Undang-Undang Malaysia AKTA 686