Seksyen 44
Perisytiharan palsu
of Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008
Mana-mana orang yang membuat, secara lisan atau bertulis, menandatangani atau memberikan apa-apa perisytiharan, penyata, perakuan atau dokumen atau maklumat lain yang dikehendaki di bawah Akta ini yang tidak benar, tidak tepat atau mengelirukan mengenai apa-apa butiran melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(a)
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya;
(b)
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit.
(2)
Mana-mana orang yang—
(a)
tanpa kuasa yang sah mengubah, memalsukan, mencacatkan atau merosakkan apa-apa permit, perakuan atau pendaftaran; atau
(b)
menggunakan apa-apa permit, perakuan atau pendaftaran yang diketahuinya telah diubah, dipalsukan, dicacatkan atau dirosakkan sedemikian,
44 Undang-Undang Malaysia AKTA 686
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan —
(aa) jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya;
(bb) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit.