Seksyen 109
of Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984
Seksyen 109
Sesuatu perkahwinan orang Islam yang bukan warganegara Malaysia yang dilakukan di sesuatu
Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau Pejabat Konsul negara asing di Wilayah Persekutuan hendaklah di-iktiraf sebagai sah bagi segala maksud Akta ini jika—
(a)
perkahwinan itu telah dilakukan mengikut cara yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang negara Kedutaan, Suruhanjaya
Tinggi, atau Pejabat Konsul itu, atau mengikut cara yang dibenarkan di bawah Akta ini;
(b)
tiap-tiap satu pihak itu ada mempunyai, pada masa perkahwinannya itu, keupayaan ber-kahwin di bawah undang-undang tempat ber-mastautinnya; dan
(c)
jika salah satu pihak itu adalah seorang pe-mastautin di Wilayah Persekutuan, kedua-dua pihak ada mempunyai keupayaan berkahwin mengikut Akta ini.
(2)
Sesuatu perkahwinan orang Islam yang dilaku-kan di bawah subseksyen (1) tidak boleh didaftarkan di bawah Akta ini jika perkahwinan itu tetap ber-salahan dengan seksyen 23 $ekiranya perkahwinan itu dilakukan dalam Wilayah |Persekutuan di luar Ke-dutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau Pejabat Konsul negara itu.