Seksyen 114
of Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984
Seksyen 114
Jika seseorang lelaki mengaku seorang lain, sama ada dengan nyata atau dengan tersirat, sebagai anaknya yang sah, lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu jika syarat-syarat yang berikut dipenuhi, ia-itu—
(a)
tiada seseorang lain disifatkan sebagai bapa anak itu;
(b)
perbezaan antara umur lelaki itu dengan umur anak itu memunasabahkan pertalian antara mereka sebagai bapa dan anak;
(c)
jika anak itu telah akil baligh, di mana dia boleh membuat keputusan, anak itu telah memper-setujui tentang ianya diakui sebagai anak;
(d)
lelaki dan ibu anak itu mungkin boleh disatu-kan dengan sah dalam perkahwinan pada masa pembenihan;
Kelahiran lebih empat tahun selepas pembubaran
Poh an ahwinan.
Kelabiran selepas pengakuan bahawa
‘iddah telah tamat.
Perse-tubuhan syubhah.
Syarat-syarat bagi pengakuan yang sah,
[Bah. VII, S. 114-117]
261
Ing AAI ic ahau
Anggapan dari , pengakuan boleh di-patahkan.
Pengakuan oleh perempuan yang sedang dalam
‘iddah.
Mengakui seorang lain sebagai ibu atau bapa.
68 AKTA 303
(e)
pengakuan itu bukannya cuma mengakui anak itu sebagai anaknya, bahkan mengakui anak itu sebagai anak sahtarafnya;
(f)
lelaki itu adalah berkeupayaan membuat kon-trak;
(g)
pengakuan itu dibuat dengan tujuan semata-mata untuk memberi taraf kesahtarafan;
(h)
pengakuan itu adalah jelas maksudnya dan anak itu adalah diakui sebagai anak kandung-nya.
115, Anggapan yang berbangkit dari pengakuan yang dibuat oleh seseorang bahawa dia adalah bapa kepada seseorang yang diakuinya sebagai anak boleh dipatah-kan hanya dengan—
(a)
penolakan di pihak orang yang telah diakui sebagai anak itu;
(b)
bukti bahawa perbezaan umur antara pihak yang mengaku dan pihak yang diakui adalah sebegitu kecil, atau bahawa umur pihak yang diakui adalah sebegitu tinggi, hingga menye-babkan pertalian yang dikatakan itu mustahil dari segi fizikal;
(c)
bukti bahawa pihak yang diakui itu adalah se-benarnya anak seorang lain; atau
(d)
bukti bahawa ibu anak itu tidak mungkin men-jadi isteri yang sah kepada pihak yang mengaku pada masa percantuman benih anak itu.