Seksyen 116
of Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984
Seksyen 116
Jika orang yang membuat pengakuan itu adalah seorang perempuan yang berkahwin atau yang sedang dalam ‘iddah, suami perempuan itu tidak boleh di-sifatkan sebagai bapa kepada orang yang diakui itu melainkan jika pengakuan perempuan itu disahkan oleh suaminya itu atau disahkan dengan keterangan.
117, Jika seseorang mengakui seorang lain sebagai bapa atau ibunya, maka pengakuan itu, jika disetujui atau disahkan oleh orang yang diakui itu, sama ada dalam masa hayat atau selepas kematian orang yang mengakui itu, adalah menjadi suatu perkeluargaan yang sah, setakat mana perhubungan di antara bapa atau ibu dengan anak itu sahaja, dengan syarat bahawa
[Bah, VIII, S. 117-122]
UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 69
memandang kepada umur orang yang membuat peng-akuan dan umur orang yang diakui itu maka adalah munasabah orang yang diakui itu menjadi ibu atau bapa kepada orang yang mengakui sedemikian.