Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 · Updated to 1 Jan 2014 · Bahagian VIII · Pelbagai
112. Jika seorang perempuan, yang tidak berkahwin semula, membuat satu pengakuan bahawa tempoh
Feedback & support‘iddahnya telah tamat sama ada ‘iddah itu adalah oleh sebab kematian atau perceraian dan perempuan itu kemudiannya melahirkan seorang anak, maka suami perempuan itu tidak boleh disifatkan sebagai bapa anak itu melainkan jika anak itu telah dilahirkan kurang daripada empat tahun qamariah dari tarikh perkah-winan itu dibubarkan oleh sebab kematian suaminya itu atau oleh sebab perceraian.