Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 · Updated to 15 Oct 2022 · Bahagian VIII · Pengurusan Syarikat
130. Daftar syarikat pengurusan
Feedback & support(1)
Lembaga boleh menyimpan suatu daftar semua syarikat pengurusan yang dilesenkan di bawah Bahagian ini.
(2)
Daftar yang disimpan di bawah subseksyen (1) hendaklah menunjukkan—
(a)
maklumat yang dikehendaki di bawah perenggan 131(2)(c)
berkenaan dengan setiap syarikat pengurusan yang dilesenkan di bawah Bahagian ini;
(b)
tarikh pemberian lesen itu; dan
(c)
jika lesen itu dibatalkan, tarikh pembatalannya.
(3)
Daftar itu hendaklah mengikut apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Lembaga.