Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English

Bahagian VIII · Pengurusan Syarikat

131. Permohonan bagi lesen

Feedback & support
(1)

Tiada seorang pun, kecuali suatu syarikat Labuan yang diperbadankan, atau suatu syarikat Labuan asing yang didaftarkan, di bawah Akta Syarikat Labuan 1990, boleh memohon kepada

Lembaga bagi suatu lesen untuk menjalankan perniagaan pengurusan syarikat.

(2)

Sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah—

(a)

dibuat mengikut cara yang ditentukan oleh Lembaga; dan

(b)

disertai dengan—

(i)

apa-apa fi permohonan yang ditetapkan;

Undang-Undang Malaysia 148

(ii)

suatu pernyataan mengenai sumber kewangan dan manusia dan kemudahan pentadbiran yang ada pada pemohon untuk penjalanan perniagaannya dengan berwibawa dan cekap; dan

(iii)

apa-apa dokumen atau maklumat lain yang dikehendaki oleh Lembaga dengan munasabah bagi maksud menimbangkan permohonan itu;

(c)

mengandungi—

(i)

alamat tempat perniagaan pemohon dan alamat penyampaiannya di Labuan;

(ii)

nama dan alamat seseorang yang bermastautin di Labuan yang diberi kuasa untuk mewakili pemohon dan untuk menerima penyampaian bagi pihaknya; dan

(iii)

alamat mana-mana tempat perniagaan yang pemohon mungkin ada di luar Labuan.

(3)

Jika apa-apa maklumat yang disebut dalam perenggan (2)(c)

diubah pada bila-bila masa selepas dikemukakan, pemohon, selepas diberi lesen di bawah Bahagian ini, hendaklah memberikan butir-butir perubahan itu secara bertulis kepada Lembaga dalam tempoh satu bulan dari tarikh lesen itu diberikan atau dalam tempoh satu bulan selepas perubahan itu dibuat, mengikut mana-mana yang terkemudian.

Report

Bahagian IX

Bahagian X

Organisasi Kawal Selia Sendiri

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Syarikat Labuan 1990.

Bahagian XI

Rayuan

Schedules