Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 · Updated to 15 Oct 2022 · Bahagian VII · Bahagian VII), atau pemiutang entiti berlesen itu, atau apa-apa ketidakteraturan serius lain, telah berlaku.
140. Kerahsiaan berhubung dengan Majlis Penyeliaan Syariah
Feedback & supportTiada anggota, pengawai, pekhidmat atau ejen Majlis
Penasihat Syariah atau orang yang mempunyai dengan apa-apa cara akses kepada mana-mana rekod, buku, daftar, surat-menyurat, dokumen, bahan atau maklumat yang berhubungan dengan perniagaan dan hal ehwal Majlis Penyeliaan Syariah dalam pelaksanaan kewajipan atau penjalanan fungsinya, boleh memberikan, membuka, mendedahkan, menyiarkan atau selainnya menzahirkan kepada mana-mana orang apa-apa rekod, buku, daftar, surat-menyurat, dokumen, bahan atau maklumat itu melainkan jika dikehendaki secara sah untuk berbuat demikian oleh mana-mana mahkamah atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.