Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 · Updated to 15 Oct 2022 · Bahagian VII · Bahagian VII), atau pemiutang entiti berlesen itu, atau apa-apa ketidakteraturan serius lain, telah berlaku.
157. Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan
Feedback & support(1)
Menteri boleh, atas syor bertulis Lembaga, mengeluarkan melalui pemberitahuan dalam Warta, suatu arahan—
(a)
yang melarang pembentukan apa-apa perniagaan atau aktiviti, termasuk apa-apa kelas perniagaan atau aktivitinya; atau
(b)
yang mengarahkan apa-apa entiti berlesen, untuk berhenti menjalankan perniagaannya atau sebahagian daripada perniagaannya sama ada dengan serta-merta atau dalam apa-apa masa sebagaimana yang ditentukan dalam arahan itu.
(2)
Sesuatu arahan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dibatalkan atau diubah oleh Menteri.