Skip to content

Seksyen 154

Kuasa untuk mengkompaun

of Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010

ActIn forceProvision 154 of 161
Seksyen 154
(1)

Lembaga boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa

Raya, mengkompaunkan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaun kesalahan itu atas pembayaran kepada Lembaga, dalam masa yang ditentukan dalam tawaran itu, suatu amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu.

(2)

Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.

(3)

Jika amaun yang ditentukan dalam tawaran di bawah subseksyen (1) itu tidak dibayar dalam masa yang ditentukan

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 165

dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh yang dilanjutkan sebagaimana yang diberikan oleh Lembaga, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(4)

Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan kesalahan terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun telah dibuat.

(5)

Apa-apa wang yang diterima oleh Lembaga di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 29

Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996.