Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 · Updated to 15 Oct 2022 · Bahagian V · Pelesenan Perantara Pasaran
56. Pemegang lesen sekuriti Islam
Feedback & support(1)
Tiada seorang pun boleh menjalankan perniagaan sebagai seorang pemegang lesen sekuriti Islam melainkan jika orang itu ialah suatu syarikat Labuan yang telah diberikan suatu lesen untuk bertindak sebagai pemegang lesen sekuriti Islam di bawah seksyen ini.
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), orang yang berikut boleh menjalankan perniagaan sebagai pemegang lesen sekuriti Islam:
(a)
seseorang yang disebut dalam subseksyen 55(1) dan (2)
Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010
dan telah memperoleh kelulusan Lembaga terlebih dahulu;
dan
(b)
pemegang lesen bank Islam.