Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 · Updated to 15 Oct 2022 · Bahagian V · Pelesenan Perantara Pasaran
58. Kuasa untuk membenarkan atau menolak permohonan bagi lesen
Feedback & supportApabila menerima sesuatu permohonan di bawah seksyen 57, Lembaga boleh membenarkan atau menolak permohonan itu.
Pemberian lesen di bawah Bahagian ini boleh dibuat tertakluk pada apa-apa terma, syarat, batasan atau sekatan.
Kecuali dengan persetujuan bertulis Lembaga, tiada perubahan boleh dibuat berkenaan dengan identiti, tempat tinggal, domisil, pemunyaan atau pemegangan syer pemegang lesen sekuriti Islam dalam tempoh kuat kuasa lesen itu.
*CATATAN—Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 [Akta 613] telah dipinda dan disebutkan sebagi Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613] yang mula berkuat kuasa pada 1 September 2014—lihat seksyen 3 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pindaan) 2014 [Akta A1467] dan P.U. (B) 400/2014.
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 79