Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 · Updated to 15 Oct 2022 · Bahagian V · Pelesenan Perantara Pasaran
57. Permohonan bagi lesen
Feedback & supportSesuatu permohonan kepada Lembaga untuk menjalankan perniagaan sebagai pemegang lesen sekuriti Islam di bawah
Bahagian ini hendaklah dibuat secara bertulis oleh atau bagi pihak pemohon kepada Lembaga.
Sesuatu permohonan bagi suatu lesen hendaklah—
dibuat mengikut apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga; dan
disertakan dengan—
fi permohonan sebagaimana yang ditetapkan;
butir-butir mengenai sumber kewangan dan manusia dan kemudahan pentadbiran yang ada untuk pemohon bagi kewibawaan dan kecekapan penjalanan perniagaannya;
Undang-Undang Malaysia 78
suatu pernyataan mengenai yang berikut:
alamat tempat perniagaan pemohon dan alamatnya bagi penyampaian yang berhubungan dengan Labuan;
nama dan alamat seseorang di Labuan yang diberi kuasa untuk mewakili pemohon dan untuk menerima penyampaian bagi pihaknya; dan
alamat tempat perniagaan pemohon di luar
Labuan;
suatu pernyataan yang bermaksud bahawa pemohon telah mengisytiharkan pematuhannya dengan
*Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001
[Akta 613] dan hendaklah memastikan bahawa ia mengemaskinikan polisi dan tatacaranya secara berkala supaya mematuhi kehendaknya; dan
maklumat atau dokumen lain sebagaimana yang semunasabahnya dikehendaki oleh Lembaga bagi maksud memutuskan permohonan itu.