Akta Hakmilik Anak Negeri Labuan 2007 · Updated to 1 Nov 2012 · Bahagian IV
19. Pegangan anak negeri boleh digadaikan kepada institusi kewangan
Feedback & support(1)
Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam
Akta ini, tuan punya mana-mana pegangan anak negeri boleh menggadaikan pegangan itu kepada mana-mana institusi kewangan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
(2)
Jawatankuasa Kerja Tanah boleh dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menambah kepada, memotong daripada atau meminda Jadual Kedua sebagaimana yang difikirkannya patut.