Skip to content

Seksyen 20

of Akta Hakmilik Anak Negeri Labuan 2007

ActIn forceProvision 20 of 27

Seksyen 20

(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2), mana-mana pegangan anak negeri boleh dipindahkan hakmilik kepada mana-mana badan berkanun, koperasi atau pertubuhan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.

(2)

Dalam hal mana-mana pemindahan hakmilik pegangan anak negeri kepada koperasi atau pertubuhan, sekurang-kurangnya dua pertiga daripada anggotanya hendaklah merupakan anak negeri.

(3)

Jawatankuasa Kerja Tanah boleh dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menambah kepada, memotong daripada atau meminda Jadual Ketiga sebagaimana yang difikirkannya patut.