Seksyen 21
Amanah Raya Berhad disifatkan sebagai anak negeri dalam hal tertentu
of Akta Hakmilik Anak Negeri Labuan 2007
Bilamana apa-apa pemindahan hakmilik apa-apa pegangan anak negeri atau mana-mana bahagian yang belum dipecahkan dalamnya kepada Amanah Raya Berhad sebagai pemegang amanah bagi seseorang anak negeri atau apa-apa perpindahan mana-mana pegangan anak negeri kepada Amanah Raya Berhad sebagai wakil seseorang anak negeri dikemukakan untuk pendaftaran kepada
Hakmilik Anak Negeri Labuan 13
Pejabat Pendaftaran Labuan, pemindahan atau perpindahan hakmilik itu boleh didaftarkan, dan berhubung dengan pegangan anak negeri itu, Amanah Raya Berhad hendaklah disifatkan sebagai anak negeri.
(2)
Dalam seksyen ini, Amanah Raya Berhad ertinya Amanah
Raya Berhad yang diperbadankan menurut seksyen 3 Akta
Perbadanan Amanah Raya 1995 [Akta 532].