Skip to content

Seksyen 22

Urusan yang berlawanan dengan Akta batal

of Akta Hakmilik Anak Negeri Labuan 2007

ActIn forceProvision 22 of 27
Seksyen 22
(1)

Segala urusan atau pelupusan apa-apa pegangan anak negeri atau mana-mana bahagian yang belum dipecahkan bagi pegangan anak negeri itu mengikut apa-apa cara jua pun dan segala percubaan untuk berurusan mengenai atau melupuskan mana-mana pegangan anak negeri yang berlawanan dengan peruntukan Akta ini, adalah batal dan tidak sah dan tiada balasan yang dibayar menurut apa-apa urusan, pelupusan atau percubaan sedemikian boleh didapatkan dalam mana-mana mahkamah.

(2)

Tiada tindakan bagi pelanggaran kontrak boleh diambil berkenaan dengan apa-apa urusan atau pelupusan atau apa-apa percubaan untuk berurusan mengenai atau melupuskan mana-mana pegangan anak negeri yang berlawanan dengan peruntukan Akta ini.

Kes yang meragukan hendaklah diputuskan oleh Mahkamah