Akta Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 2005 (Belum Berkuat Kuasa) · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian IV · Syer dan Gadaian
35. Panggilan
Feedback & supportSesuatu syarikat Langkawi boleh—
(a)
membuat perkiraan, mengenai penerbitan syer, bagi mengubah amaun dan masa pembayaran panggilan antara pemegang syer;
(b)
menerima daripada mana-mana anggota keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada amaun yang masih tidak berbayar atas mana-mana syer walaupun tiada mana-mana bahagian daripada amaun itu telah dipanggil; dan
(c)
membayar dividen seimbang dengan amaun yang berbayar atas setiap syer jika suatu amaun yang lebih besar dibayar atas beberapa syer daripada bagi syer yang lain.
48
Undang-Undang Malaysia