Seksyen 50
Perakuan hendaklah menjadi keterangan hakmilik
of Akta Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 2005 (Belum Berkuat Kuasa)
(1)
Sesuatu perakuan, di bawah meterai suatu syarikat
Langkawi atau mana-mana cawangan syarikat itu, yang menyatakan apa-apa syer yang dipegang oleh seseorang anggota hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai hakmiliknya terhadap syer itu.
Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 63
(2)
Tiap-tiap perakuan syer hendaklah di bawah meterai syarikat
Langkawi itu atau suatu cawangan syarikat itu dan hendaklah menyatakan—
(a)
nama syarikat itu dan autoriti yang di bawahnya syarikat itu ditubuhkan;
(b)
alamat bagi pejabat berdaftar syarikat itu di Langkawi atau, jika perakuan itu dikeluarkan oleh suatu cawangan syarikat itu, alamat cawangan itu;
(c)
nilai nominal dan takat yang syer itu berbayar; dan
(d)
kelas syer.
(3)
Kegagalan untuk mematuhi seksyen ini tidak boleh menyentuh hak mana-mana pemegang syer.
(4)
Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, syarikat Langkawi itu dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.