Skip to content
PendingUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian IV · Syer dan Gadaian

49. Penomboran syer

Feedback & support
(1)

Setiap syer dalam sesuatu syarikat Langkawi hendaklah dikenali melalui nombornya yang sesuai.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1)—

(a)

jika pada bila-bila masa semua syer terbitan dalam suatu syarikat Langkawi, atau semua syer terbitan daripada sesuatu kelas tertentu dalam syarikat itu, telah berbayar penuh dan berperingkat pari passu bagi segala maksud, tiada mana-mana syer itu perlu selepas itu mempunyai suatu nombor pengenalan selagi syer itu tetap berbayar penuh dan berperingkat pari passu bagi segala maksud dengan semua syer yang sama kelasnya yang pada masa ini diterbitkan dan berbayar penuh; atau

(b)

jika semua syer terbitan dalam suatu syarikat Langkawi adalah terbukti melalui perakuan mengikut seksyen 50

dan setiap perakuan itu dikenali dengan nombornya yang sesuai dan nombor itu direkodkan dalam daftar anggota, tiada mana-mana syer itu perlu mempunyai suatu nombor pengenalan.

Report

Bahagian V

Pengurusan dan Pentadbiran

Bahagian VI

Bahagian VII

Perkiraan dan Pembentukan Semula

Bahagian VIII

Syarikat Langkawi Asing

Bahagian IX

Entiti Pengurusan

Bahagian X

Pelbagai

Schedules