Skip to content
PendingUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian IV · Syer dan Gadaian

45. Hak pemegang syer keutamaan hendaklah dinyatakan dalam perkara persatuan

Feedback & support
(1)

Tiada mana-mana syarikat Langkawi boleh mengumpukkan suatu syer keutamaan, atau menukarkan suatu syer terbitan kepada suatu syer keutamaan, melainkan jika dinyatakan dalam perkara persatuannya hak pemegang syer itu berkenaan dengan pembayaran balik modal, penyertaan dalam aset lebihan dan keuntungan, dividen kumulatif atau tidak kumulatif, pengundian dan keutamaan pembayaran modal dan dividen berhubung dengan syer lain atau kelas syer keutamaan yang lain.

(2)

Penerbitan syer keutamaan oleh suatu syarikat Langkawi yang berperingkat pari passu dengan syer keutamaan yang sedia ada yang diterbitkan oleh syarikat itu hendaklah disifatkan sebagai suatu perubahan hak yang berkembar dengan syer keutamaan yang sedia ada itu melainkan jika penerbitan syer yang mula-mula disebut itu dibenarkan oleh terma penerbitan syer keutamaan yang sedia ada atau oleh perkara persatuannya yang berkuat kuasa pada masa syer keutamaan yang sedia ada itu diterbitkan.

(3)

Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, syarikat Langkawi itu dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

Report

Bahagian V

Pengurusan dan Pentadbiran

Bahagian VI

Bahagian VII

Perkiraan dan Pembentukan Semula

Bahagian VIII

Syarikat Langkawi Asing

Bahagian IX

Entiti Pengurusan

Bahagian X

Pelbagai

Schedules