Skip to content

Seksyen 61

Kuasa Pendaftar untuk menghalang orang daripada menguruskan syarikat Langkawi

of Akta Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 2005 (Belum Berkuat Kuasa)

ActIn forceProvision 61 of 127
Seksyen 61

(1)

Pendaftar boleh mengeluarkan suatu arahan bahawa seseorang yang, di Langkawi atau di tempat lain—

(a)

telah disabitkan atas suatu kesalahan yang berkaitan dengan penajaan, pembentukan atau pengurusan sesuatu perbadanan;

(b)

telah disabitkan atas apa-apa tindakan yang melibatkan fraud atau kecurangan; atau

(c)

adalah seorang bankrap belum lepas atau tidak solven, hilang kelayakannya untuk bertindak sebagai seorang pengarah atau penaja bagi, atau dengan apa-apa cara secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam atau mengambil bahagian dalam pengurusan, suatu syarikat Langkawi.

(2)

Selepas suatu arahan dikeluarkan oleh Pendaftar di bawah subseksyen (1), suatu syarikat Langkawi tidak boleh kemudian daripada itu melantik atau menyimpan seseorang yang telah hilang

Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 71

kelayakannya sedemikian sebagai seorang pengarah, dan seseorang yang hilang kelayakannya sedemikian yang bertindak dengan melanggar arahan itu tanpa kebenaran Mahkamah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

Penalti: Sepuluh ribu ringgit.

Penzahiran kepentingan dalam kontrak, harta, jawatan, dsb.