Skip to content
PendingUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian V · Pengurusan dan Pentadbiran

80. Penyata syarikat Langkawi

Feedback & support
(1)

Pendaftar boleh, sebagaimana dalam hal keadaan yang disifatkan perlu melalui notis bertulis, menghendaki suatu syarikat Langkawi untuk menyerahkan kepada Pendaftar suatu penyata berkenaan dengan syarikat itu bagi suatu tahun kalendar tertentu.

(2)

Penyata itu hendaklah mengandungi butir yang ditetapkan dan mengikut bentuk yang ditetapkan bagi maksud itu atau yang seberapa hampir dengannya sebagaimana hal keadaan membenarkan, dan hendaklah ditandatangani oleh seorang pengarah atau setiausaha syarikat itu.

(3)

Jika sesuatu syarikat Langkawi tidak mematuhi seksyen ini, syarikat itu dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

Penalti: Sepuluh ribu ringgit. Penalti ingkar.

Report

Bahagian VI

Bahagian VII

Perkiraan dan Pembentukan Semula

Bahagian VIII

Syarikat Langkawi Asing

Bahagian IX

Entiti Pengurusan

Bahagian X

Pelbagai

Schedules