Seksyen 75
Minit prosiding
of Akta Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 2005 (Belum Berkuat Kuasa)
ActIn forceProvision 75 of 127
Seksyen 75
(1)
Tiap-tiap syarikat Langkawi hendaklah menyebabkan minit semua prosiding mesyuarat anggota dan mesyuarat pengarah dicatatkan dalam buku yang disimpan bagi maksud itu.
(2)
Melainkan jika Pendaftar mengarahkan selainnya, semua buku minit suatu syarikat Langkawi hendaklah disimpan di pejabat berdaftar syarikat itu tetapi pendua buku minit itu atau mana-mana satu daripadanya boleh disimpan di tempat lain dan hendaklah terbuka untuk pemeriksaan tanpa apa-apa caj oleh mana-mana anggota.