Seksyen 71
Tindakan melalui persetujuan secara bertulis anggota
of Akta Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 2005 (Belum Berkuat Kuasa)
ActIn forceProvision 71 of 127
Seksyen 71
Tertakluk kepada apa-apa batasan dalam memorandum atau perkara persatuan suatu syarikat Langkawi, sesuatu tindakan yang boleh diambil oleh anggota di suatu mesyuarat anggota boleh juga diambil melalui sesuatu ketetapan semua anggota yang bersetuju secara bertulis, atau melalui teleks, telegram, telefaks, kabel atau perhubungan elektronik bertulis lain, tanpa perlu apa-apa notis.