Skip to content

Seksyen 11

Perakuan bantuan guaman percuma

of Akta Bantuan Guaman 1971

ActIn forceProvision 13 of 14
Seksyen 11
(1)

Jika permohonan dibuat di bawah seksyen 10, hakim itu atau

Ketua Pengarah Bantuan Guaman boleh merujukkan permohonan itu kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat untuk suatu laporan mengenai kemampuan pemohon itu.

(2)

Jika hakim itu atau Ketua Pengarah Bantuan Guaman berpendapat berasaskan fakta yang dikemukakan kepadanya termasuk apa-apa laporan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat bahawa orang yang membuat permohonan itu tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk mendapat bantuan guaman dan bahawa mustahak demi kepentingan keadilan bantuan guaman itu diberikan, dia hendaklah memperakukan sedemikian dan Ketua Pengarah Bantuan Guaman boleh mengarahkan supaya perkiraan dibuat bagi membela orang itu dan bagi membayar belanja untuk semua saksi material atau bagi menyediakan dan menjalankan rayuan itu atau bagi menentang rayuan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Apa-apa keraguan tentang sama ada kemampuan seseorang pemohon cukup bagi membolehkannya mendapat bantuan guaman atau sama ada mustahak demi kepentingan keadilan pemohon itu mendapat bantuan guaman percuma hendaklah diputuskan bagi faedah pemohon itu.

Bantuan Guaman 15