Seksyen 12
ActIn forceProvision 14 of 14
Seksyen 12
(1)
Prosiding sivil yang boleh diberi bantuan guaman ialah apa-apa perihal prosiding yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.
(2)
Menteri boleh dengan perintah meminda atau mengubah Jadual
Ketiga.
(3)
Walau apa pun yang terkandung dalam subseksyen (1) dan seksyen 15 dan 16, Menteri boleh, apabila dia berpuas hati bahawa demi kepentingan keadilan baginya berbuat demikian mengenai mana-mana kesusahan yang tertentu, memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk memberikan bantuan guaman berhubung dengan mana-mana prosiding, sama ada daripada perihal prosiding yang dinyatakan dalam