Skip to content
In forceUpdated to 5 Sep 2022Read it in English

Bahagian II · Pentadbiran

3. Ketua Pengarah Bantuan Guaman dan orang lain yang membantunya

Feedback & support
(1)

Menteri boleh melantik seorang dalam kalangan anggota

Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Persekutuan untuk menjadi atau bertindak sebagai Ketua Pengarah Bantuan Guaman.

(2)

Ketua Pengarah hendaklah dibantu oleh seorang atau beberapa orang lain yang dilantik oleh Menteri dan orang itu hendaklah diberi apa-apa nama jawatan sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.

(3)

Walau apa pun apa-apa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, Ketua Pengarah dan mana-mana orang yang dilantik di bawah subseksyen (2) berhak, bagi maksud Akta ini, untuk hadir dan berguam dalam semua mahkamah di Malaysia.

(4)

Bagi maksud Akta ini, tiap-tiap orang yang dilantik di bawah subseksyen (2) hendaklah tertakluk pada arahan dan

Bantuan Guaman 11

penyeliaan am Ketua Pengarah, dan tertakluk pada yang demikian, hendaklah mempunyai serta menjalankan segala kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah oleh atau di bawah Akta ini, selain kuasa yang diberikan oleh seksyen 5 dan 27.

(5)

Tiap-tiap orang yang dilantik di bawah subseksyen (2), melainkan jika dia sememangnya seorang pekhidmat awam, hendaklah—

(a)

menerima saraan sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong;

(b)

disifatkan sebagai seorang pekhidmat awam dalam pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].

Report

Bahagian III

Bantuan Guaman dalam Kes Jenayah

Bahagian IV

Bantuan Guaman dalam Tindakan Sivil

Bahagian V

Nasihat Guaman

Bahagian VI

Schedules