Skip to content
In forceUpdated to 5 Sep 2022Read it in English

Bahagian V · Nasihat Guaman

29. Hak untuk mendapat nasihat guaman dan jenis nasihat

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada Bahagian ini, nasihat guaman mengenai apa-apa perkara yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, Ketiga dan Keempat hendaklah diadakan bagi warganegara Malaysia.

(2)

Nasihat guaman hendaklah terdiri daripada nasihat secara lisan mengenai soal undang-undang yang diberikan oleh Ketua Pengarah

Bantuan Guaman atau seseorang peguam yang namanya ada dalam panel peguam yang berkenaan yang disenggarakan menurut seksyen 5

dan termasuklah menyediakan permohonan bantuan guaman dan memberikan maklumat yang dikehendaki bagi menentukan sumber kewangan pemohon tetapi tidaklah termasuk nasihat mengenai mana-mana undang-undang yang lain daripada undang-undang Malaysia.

(3)

Peruntukan boleh dibuat oleh peraturan-peraturan bagi mentakrifkan atau menyekat soal-soal yang mengenainya nasihat guaman boleh diberikan dan bagi mengawal selia segala perkara berhubung dengan fi, caj dan kos berkenaan dengan pemberian nasihat guaman.

(4)

Seseorang yang meminta nasihat guaman hendaklah memohon kepada Ketua Pengarah Bantuan Guaman dan adalah dikehendaki untuk memuaskan hati Ketua Pengarah Bantuan Guaman bahawa dia tidak mampu untuk mendapatkan nasihat guaman itu mengikut cara biasa.

Bantuan Guaman 31

(5)

Menteri boleh dengan perintah meminda atau mengubah Jadual

Keempat.

BAHAGIAN VA

PENGANTARAAN

Report