Skip to content
In forceUpdated to 5 Sep 2022Read it in English

Bahagian VI

30. Keistimewaan bagi hubungan tertentu

Feedback & support
(1)

Keistimewaan dan hak seperti yang terbit daripada hubungan antara klien dengan peguam bela dan peguam cara yang bertindak mengikut pekerjaan profesionalnya hendaklah terbit daripada hubungan yang berikut, iaitu:

(a)

hubungan antara seseorang yang diberi bantuan guaman di bawah seksyen 11 dengan Ketua Pengarah dan peguam

(jika ada) yang ditugaskan untuk bertindak bagi pihaknya;

(b)

hubungan antara seseorang pemohon bantuan guaman di bawah Akta ini dengan Ketua Pengarah dan peguam (jika ada) yang kepadanya permohonan itu dirujukkan;

(c)

hubungan antara seseorang yang dibantu dengan Ketua

Pengarah dan peguam (jika ada) yang ditugaskan untuk bertindak bagi pihaknya dalam apa-apa prosiding yang dimaksudkan oleh sesuatu perakuan bantuan guaman di bawah seksyen 15, 16 atau 16A;

(d)

hubungan antara seseorang yang meminta nasihat guaman dengan Ketua Pengarah dan peguam (jika ada) yang memberikan nasihat itu.

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 26

(2)

Walau apa pun yang terkandung dalam subseksyen (1)

keistimewaan yang disebut dalamnya itu tidaklah terbit berkenaan dengan apa-apa maklumat yang diberikan kepada Ketua Pengarah mengenai harta atau pendapatan pemohon perakuan bantuan guaman di bawah Akta ini.

(3)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh Akta ini atau oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, hak yang diberikan oleh Akta ini kepada seseorang yang menerima bantuan guaman atau nasihat guaman di bawah Bahagian III, IV atau V, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidaklah menyentuh hak atau tanggungan pihak lain dalam prosiding itu atau prinsip yang berasaskannya budi bicara mana-mana mahkamah atau tribunal dijalankan pada biasanya.

Report