Skip to content
In forceAmendedUpdated to 5 Sep 2022Read it in English
Contents

Act of Parliament

Akta Bantuan Guaman 1971

Feedback & supportGranting legal aid to certain people

Long title

Suatu Akta bagi membuat peruntukan bagi pemberian bantuan guaman kepada orang tertentu dan bagi perkara yang berkaitan dengannya.

In force · Updated to 5 Sep 2022

In plain English

Not legal advice

This Act provides for giving legal aid to certain people. It also covers matters connected with legal aid.

Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.

Bahagian I

Permulaan

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

s 1Tajuk ringkas

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bantuan Guaman 1971.

s 2Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“bantuan guaman” ertinya khidmat bantuan guaman sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 2A;

“hakim” ertinya—

(a)

hakim bagi mahkamah yang ditubuhkan oleh Bahagian IX

Perlembagaan

Persekutuan, dan termasuklah

Hakim

Mahkamah Sesyen atau Majistret; atau 8 Undang-Undang Malaysia AKTA 26

(b)

hakim Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi

Syariah atau Mahkamah Rayuan Syariah;

“kanak-kanak” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611];

“Ketua Pengarah Bantuan Guaman” atau “Ketua Pengarah” ertinya

Ketua Pengarah Bantuan Guaman yang dilantik di bawah seksyen 3;

“mahkamah” ertinya mahkamah yang ditubuhkan oleh atau di bawah Bahagian IX Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah Rendah

Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah;

“orang yang dibantu” ertinya seseorang yang telah diberi suatu perakuan bahawa dia berhak kepada bantuan guaman di bawah Akta ini dan, jika seseorang itu seorang budak, termasuklah penjaganya;

“peguam” ertinya seseorang peguam bela dan peguam cara yang dibenarkan untuk menjalankan amalan sebagai peguam di mana-mana bahagian Malaysia;

“pengantara” ertinya mana-mana orang yang dilantik di bawah seksyen 29F;

“pengantaraan” termasuklah—

(a)

menjalankan apa-apa aktiviti bagi maksud menggalakkan perbincangan dan penyelesaian pertikaian;

(b)

mempertemukan mana-mana pihak yang bertikai bagi maksud yang disebut dalam perenggan (a), sama ada atas permintaan salah seorang daripada pihak yang bertikai atau atas usaha Ketua Pengarah Bantuan Guaman; dan

(c)

mengambil tindakan susulan tentang apa-apa perkara yang menjadi perkara mana-mana perbincangan atau penyelesaian sedemikian;

Bantuan Guaman 9

“Pengarah Kebajikan Masyarakat” ertinya orang yang sedang menjalankan kewajipan

Pengarah

Kebajikan

Masyarakat dan termasuklah mana-mana pegawai lain yang diberi kuasa atau menjalankan fungsi Pengarah Kebajikan Masyarakat di sesuatu Negeri;

“penjaga” berhubung dengan seseorang budak, dengan tidak menyentuh keluasan ungkapan itu, termasuklah mana-mana orang yang difikirkan oleh Ketua Pengarah boleh dilantik dengan sepatutnya untuk menjadi wakil atau penjaga ad litem budak itu;

“sidang pengantaraan”

ertinya perjumpaan mengikut

Bahagian VA.

BAHAGIAN IA

KHIDMAT BANTUAN GUAMAN

(1)

Khidmat bantuan guaman yang diberikan di bawah Akta ini hendaklah terdiri daripada yang berikut:

(a)

bantuan guaman dalam kes jenayah sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bahagian III;

(b)

bantuan guaman dalam tindakan sivil sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bahagian IV;

(c)

nasihat guaman sebagaimana yang diperuntukkan dalam

Bahagian V;

(d)

khidmat pengantaraan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bahagian VA; dan

(e)

khidmat pendamping guaman sebagaimana yang diperuntukkan dalam Bahagian VB.

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 26

(2)

Khidmat bantuan guaman yang disebut dalam subseksyen (1)

boleh diberi kepada warganegara Malaysia sahaja.

(1)

Mana-mana orang yang telah layak bagi bantuan guaman di bawah Akta ini adalah dikehendaki untuk membayar kepada Ketua

Pengarah Bantuan Guaman fi pendaftaran sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.

(2)

Fi pendaftaran yang dibayar di bawah subseksyen (1) hendaklah dibelanjakan bagi maksud mentadbir khidmat bantuan guaman.

Bahagian II

Pentadbiran

Bahagian III

Bantuan Guaman dalam Kes Jenayah

Bahagian IV

Bantuan Guaman dalam Tindakan Sivil

Bahagian V

Nasihat Guaman

Bahagian VI

Schedules