Skip to content

Seksyen 11

Jawatankuasa disiplin untuk peguam

of Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2026

ActIn forceProvision 11 of 83
Seksyen 11
(1)

Ketua Pengarah hendaklah, sebelum menjalankan apa-apa kuasa di bawah perenggan 10(c), (d) atau (e), membuat syor kepada Menteri untuk menubuhkan suatu jawatankuasa disiplin untuk menjalankan prosiding disiplin terhadap mana-mana peguam mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Menteri.

(2)

Ketua Pembela Awam hendaklah, sebelum menjalankan apa-apa kuasa di bawah perenggan 10(c), (d) atau (e), menasihati

Ketua Pengarah untuk membuat syor kepada Menteri untuk menubuhkan suatu jawatankuasa disiplin untuk menjalankan prosiding disiplin terhadap mana-mana peguam mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Menteri.

(3)

Mana-mana peguam yang tertakluk kepada prosiding disiplin di bawah seksyen ini hendaklah diberi peluang untuk tunjuk sebab.

(4)

Ketua Pengarah atau Ketua Pembela Awam, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah melaksanakan apa-apa keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa disiplin.

(5)

Mana-mana peguam yang terkilan dengan keputusan Menteri atau mana-mana jawatankuasa disiplin yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) atau (2) boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk semakan kehakiman atas keputusan itu.

Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 19