Seksyen 12
Bantuan guaman atau khidmat pembelaan awam tidak boleh ditamatkan tanpa kebenaran
of Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2026
Orang yang dibantu atau tertuduh yang dibantu tidak boleh, tanpa kebenaran Ketua Pengarah atau Ketua Pembela Awam, mengikut mana-mana yang berkenaan, menamatkan bantuan guaman atau khidmat pembelaan awam yang diberikan oleh mana-mana peguam yang ditugaskan kepadanya.
(2)
Peguam yang ditugaskan tidak boleh, tanpa kebenaran
Ketua Pengarah atau Ketua Pembela Awam, menamatkan khidmat bantuan guaman atau pembelaan awamnya melainkan jika—
(a)
peguam itu menamakan seorang peguam yang lain daripada panel peguam untuk menggantikannya; atau
(b)
prosiding itu boleh dikendalikan oleh mana-mana pegawai yang dilantik atau pegawai pembela awam.