Seksyen 53
Permohonan bagi khidmat pembelaan awam
of Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2026
Suatu permohonan oleh seseorang yang memerlukan khidmat pembelaan awam hendaklah dibuat kepada Ketua Pembela
Awam dalam apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah.
(2)
Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(3)
Permohonan di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa dalam tempoh empat belas hari—
(a)
selepas kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di bawah seksyen 177a Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593];
(b)
selepas suatu pertuduhan di hadapan mana-mana mahkamah;
(c)
selepas sabitan oleh mana-mana mahkamah; atau
(d)
selepas menerima suatu notis rayuan.
Undang-Undang Malaysia 44
Akta 878
(4)
Jika pemohon seorang kanak-kanak, permohonan itu hendaklah dibuat bagi pihak kanak-kanak itu oleh ibu bapa atau penjaganya dan apa-apa sebutan kepada pemohon dalam Bab ini hendaklah termasuk ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu.
(5)
Tertakluk kepada batas di bawah seksyen 56, tiada seorang pun yang ditahan berhubung dengan apa-apa kesalahan atau yang dipertuduh dengan apa-apa kesalahan boleh dinafikan peluang untuk memohon bagi khidmat pembelaan awam.