Seksyen 59
Pendahuluan bagi perbelanjaan luar jangka dalam prosiding jenayah
of Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2026
Ketua Pembela Awam boleh meminta mana-mana pemohon atau tertuduh yang dibantu untuk mendahulukan sejumlah wang pada bila-bila masa yang difikirkan patut oleh Ketua Pembela
Awam untuk didepositkan ke dalam akaun amanah bagi maksud pembayaran perbelanjaan luar jangka yang timbul secara khusus berhubung dengan penyediaan khidmat pembelaan awam di bawah
Bahagian ini.
(2)
Ketua Pembela Awam apabila meminta pendahuluan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah memastikan permintaan itu tidak menyebabkan—
(a)
kesusahan yang tidak wajar kepada pemohon atau tertuduh yang dibantu itu; dan
(b)
semua hal perkara yang berbangkit berhubungan dengan khidmat pembelaan awam itu digantung sementara menunggu pembayaran pendahuluan itu hingga boleh memudaratkan kepentingan pemohon atau tertuduh yang dibantu.
(3)
Pendahuluan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah hanya digunakan bagi maksud perbelanjaan luar jangka.
(4)
Ketua Pembela Awam boleh meneruskan apa-apa tindakan atas perbelanjaan wang awam atau wang daripada akaun amanah demi kepentingan keadilan walaupun pemohon atau tertuduh yang dibantu itu gagal untuk mendahulukan sejumlah wang di bawah subseksyen (1).
Undang-Undang Malaysia 48
Akta 878
(5)
Jika terdapat apa-apa lebihan pendahuluan dalam akaun tertuduh yang dibantu, tertuduh yang dibantu boleh, dalam tempoh enam bulan dari tarikh perakuan ditamatkan, memohon kepada
Ketua Pembela Awam bagi lebihan pendahuluan itu dikembalikan.
(6)
Lebihan pendahuluan yang perlu dikembalikan di bawah subseksyen (5) tidak boleh melebihi dua puluh lima peratus daripada pendahuluan yang merupakan kos kepeguaman yang telah dibayar menurut subseksyen (1).
(7)
Tertuduh yang dibantu itu hendaklah disifatkan telah melepaskan haknya jika tertuduh yang dibantu itu tidak memohon bagi pembayaran balik lebihan pendahuluan itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (5).