Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2026 · Updated to 13 Feb 2026 · Bahagian VI · Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan
75. Orang yang memegang jawatan, dsb
Feedback & supportOrang yang memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah
Bantuan Guaman di bawah Akta yang dimansuhkan hendaklah disifatkan telah dilantik di bawah Akta ini dan hendaklah terus memegang jawatan melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau ditukarkan kepada suatu jawatan lain dalam perkhidmatan awam am Persekutuan.
Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 57
Semua pegawai dan kakitangan yang memegang pelantikan di bawah Akta yang dimansuhkan hendaklah disifatkan sebagai pegawai dan kakitangan yang dilantik di bawah Akta ini dan hendaklah terus memegang jawatan melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau ditukarkan kepada suatu jawatan lain dalam perkhidmatan awam am Persekutuan dan hendaklah memegang suatu jawatan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.