Seksyen 81
Penerusan perakuan bantuan guaman
of Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2026
ActIn forceProvision 81 of 83
Seksyen 81
(1)
Semua perakuan bantuan guaman yang dikeluarkan di bawah
Akta yang dimansuhkan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa
Akta ini hendaklah, tertakluk kepada terma, syarat, batasan dan tempoh kesahan yang dinyatakan dalam perakuan itu, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, terus berkuat kuasa dan boleh dikuatkuasakan sehinga perakuan itu dibatalkan.
(2)
Ketua Pengarah boleh meminda, memperbaharui atau membatalkan perakuan yang disebut dalam subseksyen (1) mengikut peruntukan Akta ini.