Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Act 1971 · Updated to 1 Feb 2013 · Bahagian II · Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
10. Laporan Tahunan
Feedback & supportLembaga hendaklah tidak lewat daripada 30 haribulan Jun setiap tahun menyebabkan supaya dibuat dan dihantar kepada
Menteri suatu Laporan berkenaan dengan kegiatan Lembaga sepanjang tahun yang lalu dan mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan perjalanan dan dasar Lembaga sebagaimana yang dikehendaki dari semasa ke semasa oleh Menteri.
14
Undang-Undang Malaysia
Tiada seorang pun yang mempunyai kepentingan boleh dilantik sebagai ahli atau diambil kerja sebagai pegawai atau pekhidmat Lembaga 10a. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), tiada seorang pun boleh dilantik sebagai seorang ahli atau diambil kerja sebagai seorang pegawai atau pekhidmat Lembaga jika dia mempunyai apa-apa kepentingan, secara langsung atau secara tidak langsung dalam—
sesuatu perusahaan yang dalamnya Lembaga telah mengambil atau bercadang hendak mengambil bahagian dalam ekuiti menurut perenggan 4(2)(k);
sesuatu perbadanan atau syarikat yang ditubuhkan, digalakkan, diperluas atau didaftarkan menurut subseksyen 4(3) dan 4(4); atau
sesuatu syarikat atau pengusahaan yang dengannya Lembaga atau sesuatu perusahaan, perbadanan atau syarikat yang disebut dalam perenggan (a) atau (b) bercadang hendak membuat suatu kontrak atau telah membuat suatu kontrak yang masih berkuat kuasa.
Walau apa pun peruntukan subseksyen (1) dan tertakluk kepada subseksyen (3), orang itu boleh dilantik sebagai seorang ahli Lembaga di bawah perenggan 3(3)(h) tetapi pada melantiknya sedemikian, Menteri boleh mengenakan apa-apa syarat atau sekatan yang difikirkan patut oleh Menteri.
Sebelum seseorang dilantik sebagai seorang ahli atau diambil kerja sebagai seorang pegawai atau pekhidmat Lembaga, dia hendaklah menzahirkan dengan sepenuhnya—
kepada Menteri, jika dia akan dilantik sebagai ahli; dan
kepada Lembaga, jika dia akan diambil kerja sebagai seorang pegawai atau pekhidmat, apa-apa kepentingan yang disebut dalam subseksyen (1), dan apabila dia dilantik atau diambil kerja sedemikian, orang itu tidak boleh memperoleh mana-mana kepentingan itu lagi.
Tertakluk kepada subseksyen 10b(1), seseorang ahli yang dilantik atau seseorang pegawai atau pekhidmat yang diambil kerja berlawanan dengan subseksyen (1), atau yang apabila dilantik
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 15
atau diambil kerja memperoleh mana-mana kepentingan itu lagi, hendaklah dibatalkan pelantikannya dengan serta-merta oleh Menteri atau pekerjaannya hendaklah ditamatkan oleh
Lembaga tanpa notis, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Seseorang, ahli, pegawai atau pekhidmat yang melanggar seksyen ini, seksyen 10b atau sesuatu syarat atau sekatan yang dikenakan di bawah seksyen ini atau di bawah seksyen 10b adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau kedua-duanya.
Bagi maksud seksyen ini dan seksyen 10b, pemunyaan atau pemerolehan sesuatu kepentingan itu sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (1) oleh suami atau isteri atau mana-mana daripada anaknya hendaklah disifatkan sebagai memberi orang, ahli, pegawai atau pekhidmat yang berkenaan itu suatu kepentingan tidak langsung.
Penzahiran kepentingan yang sedia ada 10b. (1) Tiap-tiap ahli, pegawai atau pekhidmat yang mempunyai apa-apa kepentingan sebagaimana yang disebut dalam subseksyen 10a(1) hendaklah, dalam tempoh enam bulan dari tarikh mula berkuatkuasanya seksyen ini, menzahirkan dengan sepenuhnya kepada Lembaga hakikat kepentingan dan jenis kepentingan itu dan penzahiran itu hendaklah dicatatkan dalam minit Lembaga dan ahli itu tidak boleh pada bila-bila masa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding Lembaga yang berhubungan dengan pengusahaan, perusahaan, syarikat, perbadanan atau kontrak yang dalamnya dia mempunyai kepentingan itu dan pegawai atau pekhidmat itu hendaklah berhenti menjalankan semua kuasa dan kewajipan yang berhubungan dengannya, tetapi ahli, pegawai atau pekhidmat itu boleh terus menjadi—
seorang ahli tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Menteri; atau
seorang pegawai atau pekhidmat tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Lembaga.
16
Undang-Undang Malaysia
Jika ahli yang mempunyai kepentingan itu ialah Pengerusi, dia hendaklah berhenti menjadi Pengerusi dan seorang ahli lain hendaklah dipilih untuk menjadi pengerusi semasa prosiding yang berhubungan dengan pengusahaan, perusahaan, syarikat, perbadanan atau kontrak yang dalamnya dia mempunyai kepentingan itu.
Seseorang ahli, pegawai atau pekhidmat yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman yang diperuntukkan dalam subseksyen 10a(5).
Surcaj 10c. (1) Jika didapati oleh Lembaga bahawa mana-mana orang yang sedang atau pernah bekerja dengan Lembaga—
telah gagal mengutip apa-apa wang yang terhutang kepada Lembaga yang pemungutannya menjadi tanggungjawabnya;
adalah atau pernah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaran wang daripada Kumpulan Wang yang tidak sepatutnya dibuat atau bagi apa-apa pembayaran wang yang tidak disahkan dengan sewajarnya;
adalah atau pernah bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, atas apa-apa kekurangan dalam, atau bagi pemusnahan, apa-apa wang, setem, sekuriti, storan atau harta lain Lembaga;
sebagai, atau semasa menjadi pegawai perakaunan, gagal atau telah gagal menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya;
telah gagal membuat apa-apa pembayaran, atau adalah atau pernah bertanggungjawab bagi apa-apa kelambatan dalam pembayaran, wang daripada Kumpulan Wang kepada mana-mana orang yang kepadanya pembayaran itu kena dibuat di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan
Lembaga,
Lembaga hendaklah menyampaikan suatu notis bertulis kepadanya yang memintanya menunjukkan sebab mengapa dia tidak sepatutnya disurcajkan, dan jika penjelasan yang memuaskan hati tidak
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 17
diberikan, dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penyampaian notis yang disebut terdahulu, kepada Lembaga berkenaan dengan kegagalan mengutip, pembayaran yang tidak sepatutnya dibuat, pembayaran yang tidak disahkan dengan sewajarnya, kekurangan atau pemusnahan, atau kegagalan menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan membuat pembayaran, atau kelambatan dalam membuat pembayaran, Lembaga boleh mensurcajkan terhadap orang tersebut suatu amaun yang tidak melebihi amaun apa-apa amaun sedemikian yang tidak dikutip, apa-apa bayaran, kekurangan, atau kerugian atau nilai harta yang musnah, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan berkenaan dengan kegagalan menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan membuat pembayaran, atau kelambatan dalam membuat pembayaran, Lembaga boleh mensurcajkan terhadap orang tersebut apa-apa amaun sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga itu.
Pengerusi hendaklah menyebabkan Ketua Pengarah diberitahu tentang apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan
Ketua Pengarah hendaklah sesudah itu memberitahu orang yang disurcaj itu.
Lembaga boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan hati telah diterima atau jika didapati selainnya bahawa tiada surcaj patut dibuat, dan Pengerusi hendaklah dengan segera menyebabkan
Ketua Pengarah diberitahu tentang penarikan balik itu.
Amaun apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (1)
dan tidak ditarik balik di bawah subseksyen (3) hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Lembaga daripada orang yang terhadapnya surcaj itu dibuat dan boleh didakwa dan didapatkan di dalam mana-mana mahkamah atas guaman Lembaga dan boleh juga didapatkan melalui potongan—
daripada gaji orang yang disurcaj jika Lembaga mengarahkan sedemikian; atau
daripada pencen orang yang disurcaj jika Lembaga mengarahkan sedemikian, dengan ansuran bulanan yang sama banyak yang tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, orang itu.
18
Undang-Undang Malaysia