Skip to content
In forceUpdated to 1 Feb 2013Read it in English

Bahagian II · Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia

6. Kumpulan Wang

Feedback & support
(1)

Bagi maksud Akta ini suatu kumpulan wang (kemudian daripada ini disebut “Kumpulan Wang”) ditubuhkan yang hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Lembaga—

(a)

yang ke dalamnya akan dimasukkan—

(i)

apa-apa wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Parlimen;

12

Undang-Undang Malaysia

(ii)

apa-apa wang yang diperoleh oleh Lembaga dalam menjalankan fungsi Lembaga di bawah atau menurut peruntukan Akta ini;

(iii)

apa-apa wang yang diperoleh atau terbit daripada apa-apa kemajuan, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Lembaga;

(iv)

wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksud menjelaskan apa-apa tanggungannya atau bagi maksud menjalankan apa-apa fungsinya; dan

(v)

segala wang atau harta lain sama ada harta alih atau harta tak alih yang mungkin dengan apa-apa cara kena dibayar kepada atau terletak hak pada

Lembaga;

(b)

yang daripadanya akan dibayar—

(i)

semua perbelanjaan (termasuk perbelanjaan modal)

yang dilakukan oleh Lembaga pada menjalankan fungsi dan kuasanya; dan

(ii)

wang bagi membayar balik apa-apa pinjaman yang telah diberikan kepada Lembaga menurut kuasanya untuk meminjam.

(1a)

Subperenggan (1)(a)(v) tidak terpakai jika mana-mana perbadanan yang telah ditubuhkan di bawah perenggan 4(3)(a)

didaftarkan sebagai suatu syarikat menurut subseksyen 4(4).

(2)

Sebelum permulaan bulan Jun setiap tahun, Lembaga hendaklah menghantar kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan

(termasuk perbelanjaan bagi projek pembangunan) bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri; dan

Menteri hendaklah sebelum permulaan bulan November tahun itu memberitahu Lembaga amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan pada amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan.

(3)

Lembaga boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada

Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan

Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan yang dimasukkan dalam anggaran tambahan itu.

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 13

Report

Bahagian III

Kuasa yang Berhubungan Dengan Penguatkuasaan

Bahagian IV

Kesalahan, Penalti dan Prosiding

Bahagian V

Schedules