Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Act 1971 · Updated to 1 Feb 2013 · Bahagian II · Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
5. Pegawai dan pekhidmat Lembaga
Feedback & supportKetua Pengarah Lembaga hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran dan pengurusan hari ke hari hal ehwal Lembaga dan bagi menjalankan apa-apa kewajipan dan kuasa sebagaimana yang diamanahkan atau diwakilkan oleh Lembaga atau Pengerusi apabila bertindak bagi pihak Lembaga.
Lembaga boleh melantik pegawai dan pekhidmat sebagaimana yang difikirkannya perlu untuk menjalankan hal ehwal Lembaga dengan cekap.
Pegawai dan pekhidmat Lembaga hendaklah memegang jawatan selama suatu tempoh, menerima gaji dan elaun dan tertakluk kepada apa-apa syarat perkhidmatan sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri.
Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kuasa seorang pegawai diberi kuasa di bawah Akta ini.