Skip to content
In forceUpdated to 1 Feb 2013Read it in English

Bahagian II · Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia

9. Akaun dan Audit

Feedback & support
(1)

Lembaga hendaklah menyimpan akaun yang sepatutnya dan rekod lain berkenaan dengan perjalanannya dan hendaklah menyediakan penyata akaun bagi setiap tahun kewangan.

(2)

Akaun Lembaga hendaklah diaudit oleh Ketua Audit Negara atau juruaudit lain yang dilantik oleh Lembaga dengan kelulusan

Menteri.

(3)

Selepas berakhir setiap tahun kewangan dan sebaik sahaja akaun Lembaga diaudit, Lembaga hendaklah menyebabkan supaya suatu salinan penyata akaun itu mengikut cara sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri dihantar kepada Menteri, bersama dengan suatu salinan apa-apa pandangan ynag dibuat oleh Ketua Audit

Negara atau juruaudit lain yang dilantik di bawah subseksyen (2)

mengenai mana-mana penyata atau mengenai akaun Lembaga.

(4)

Menteri hendaklah menyebabkan supaya suatu salinan tiap-tiap penyata dan pandangan itu dibentangkan di hadapan setiap

Majlis Parlimen.

Report

Bahagian III

Kuasa yang Berhubungan Dengan Penguatkuasaan

Bahagian IV

Kesalahan, Penalti dan Prosiding

Bahagian V

Schedules