Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Act 1971 · Updated to 1 Feb 2013 · Bahagian III · Kuasa yang Berhubungan Dengan Penguatkuasaan
12. Kuasa untuk memasuki premis
Feedback & supportJika mana-mana pegawai diberi kuasa atau pegawai polis mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa sesuatu kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya, pegawai itu boleh memasuki mana-mana premis yang dipunyai atau diduduki oleh mana-mana orang dan boleh menjalankan apa-apa penyelidikan dan pemeriksaan (termasuklah penyelidikan dan pemeriksaan buku-buku) sebagaimana yang difikirkannya perlu dan boleh menyita
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 19
dan menahan apa-apa buku, suratan atau benda lain yang dijumpai dalam premis itu yang boleh memberikan keterangan tentang sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya.