Skip to content
In forceUpdated to 1 Feb 2013Read it in English

Bahagian III · Kuasa yang Berhubungan Dengan Penguatkuasaan

13. Kuasa bagi menangkap, menyita, menyiasat dan mendakwa

Feedback & support
(1)

Mana-mana pegawai diberi kuasa atau pegawai polis boleh—

(a)

menangkap tanpa waran mana-mana orang yang dia ada sebab untuk mempercayai telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya, jika orang itu enggan memberikan nama dan alamatnya atau jika memberikan suatu alamat di luar

Malaysia atau jika ada alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang itu telah memberikan suatu nama atau alamat palsu atau bahawa dia mungkin akan melarikan diri:

Dengan syarat bahawa apabila seseorang telah ditangkap seperti yang disebut terdahulu, tindakan hendaklah kemudiannya diambil terhadapnya sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang berkuat kuasa pada masa ini; dan

(b)

menyita apa-apa jua benda yang difikirkannya perlu disita berhubung dengan keterangan yang perlu bagi membuktikan berlakunya sesuatu kesalahan itu.

(2)

Mana-mana pegawai diberi kuasa dan mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh, berhubung dengan apa-apa penyiasatan berkenaan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya tanpa perintah Pendakwa Raya, menjalankan kuasa khas yang berhubungan dengan penyiasatan polis, yang diberikan oleh undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah dalam apa-apa kesalahan boleh tangkap.

(3)

Apa-apa pendakwaan berkenaan dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya boleh dijalankan oleh seseorang pegawai diberi kuasa.

20

Undang-Undang Malaysia

Report

Bahagian IV

Kesalahan, Penalti dan Prosiding

Bahagian V

Schedules