Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Act 1971 · Updated to 1 Feb 2013 · Bahagian III · Kuasa yang Berhubungan Dengan Penguatkuasaan
15. Kuasa untuk mengambil milik
Feedback & supportJika mana-mana pegawai diberi kuasa atau pegawai polis mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa seseorang sedang melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya, dia boleh mengambil milik dengan apa-apa cara yang difikirkannya patut, apa-apa ikan yang berkenaan dengannya dia mempunyai sebab untuk mempercayai sesuatu kesalahan itu telah dilakukan atau mana-mana kereta, vesel atau barang lain yang telah digunakan bagi melakukan sesuatu kesalahan itu atau yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai dicadangkan hendak digunakan bagi melakukan kesalahan itu.
Jika apa-apa ikan telah diambil milik di bawah seksyen ini, Ketua Pengarah—
boleh, jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya telah dilakukan dan prosiding jenayah telah dimulakan terhadap mana-mana
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 21
orang yang berkenaan dengan kesalahan itu, memohon kepada Majistret untuk suatu perintah supaya ikan itu dijual atau dilupuskan dan jika ikan itu diperintahkan supaya dijual, hasil penjualan itu hendaklah disimpan sehingga prosiding jenayah itu selesai; atau
boleh, dalam apa-apa hal yang lain, memulihkan pemilikan kepada pemunyanya.
Jika mana-mana kereta, vesel atau barang lain telah diambil milik di bawah seksyen ini, Ketua Pengarah—
boleh menurut budi bicaranya, jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah
Akta ini atau di bawah mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya telah dilakukan, memulangkan bagi sementara kereta, vesel atau barang lain itu kepada pemunyanya apabila jaminan diberikan dengan memuaskan hatinya bawah kereta, vesel atau barang lain itu akan diserahkan balik kepadanya apabila diminta; atau
boleh, dalam apa-apa hal yang lain, memulihkan pemilikan kepada pemunyanya.
Ketua Pengarah boleh secara bertulis mewakilkan kuasanya di bawah subseksyen (2) dan (3) kepada mana-mana pegawai diberi kuasa dan boleh pada bila-bila masa menarik balik mana-mana pewakilan itu.
Walau apa pun pewakilan itu, Ketua Pengarah boleh, jika difikirkannya patut, menjalankan kuasa yang diwakilkannya sedemikian.