Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Act 1971 · Updated to 1 Feb 2013 · Bahagian III · Kuasa yang Berhubungan Dengan Penguatkuasaan
14. Kuasa untuk memberhentikan dan memeriksa
Feedback & supportJika seseorang pegawai diberi kuasa atau pegawai polis mempunyai syak yang munasabah bahawa sesuatu kenderaan sedang membawa apa-apa ikan bersalahan dengan mana-mana peruntukan
Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya, adalah sah di sisi undang-undang bagi pegawai itu memberhentikan dan memeriksa kenderaan itu bagi maksud menentukan sama ada apa-apa ikan ada terkandung di dalamnya atau sedang dipindahkan atau diangkut bersalahan dengan peruntukan Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya dan orang yang mengawal atau menjaga kenderaan itu hendaklah, jika dikehendaki supaya berbuat demikian oleh pegawai itu, memberhentikan kenderaan itu dan membenarkan pegawai itu memeriksanya.
Orang yang mengawal atau menjaga mana-mana kenderaan yang diperiksa di bawah peruntukan seksyen ini hendaklah, apabila diminta oleh pegawai diberi kuasa atau pegawai polis itu, membuka semua bahagian kenderaan itu untuk diperiksa oleh pegawai itu dan mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkan pegawai itu menjalankan apa-apa pemeriksaan yang difikirkannya perlu.