Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2017Read it in English
Contents

Bahagian X

39A. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan, dsb

(1)

Jika sesuatu pertubuhan perbadanan, firma, persatuan atau mana-mana kumpulan orang lain melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pengurus, setiausaha, atau pegawai lain yang seumpamanya bagi pertubuhan perbadanan, firma, persatuan atau kumpulan orang lain itu atau berupa sebagai bertindak atas apa-apa sifat sedemikian atau dalam apa-apa cara atau apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan mana-mana hal ehwal pertubuhan perbadanan, firma, persatuan atau kumpulan orang lain itu atau telah membantu dalam pengurusan sedemikian—

(a)

boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan, firma, persatuan atau kumpulan orang lain itu; dan

(b)

jika pertubuhan perbadanan, firma, persatuan atau kumpulan orang lain itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu melainkan jika, setelah mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan semua hal keadaan, dia membuktikan—

(i)

bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuannya, keizinannya atau pembiarannya; dan

(ii)

bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan usaha yang wajar untuk mengelak berlakunya kesalahan itu.

(2)

Jika mana-mana orang adalah bertanggungan di bawah Akta ini terhadap apa-apa hukuman atau penalti bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, kecuaian atau keingkaran, dia hendaklah dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, kecuaian atau keingkaran mana-mana pekerjanya atau ejennya, atau pekerja ejen itu, jika perbuatan, peninggalan, kecuaian atau keingkaran sedemikian dilakukan—

Lembaga Pembangunan Industri 63

Pembinaan Malaysia

(a)

oleh pekerjanya dalam masa penggajiannya;

(b)

oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihaknya; atau

(c)

oleh pekerja ejen itu dalam masa penggajiannya oleh ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu yang bertindak bagi pihak orang itu.

Report