Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Act 1994 · Updated to 1 Dec 2017 · Bahagian X
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Act 1994 · Updated to 1 Dec 2017 · Bahagian X
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Mana-mana orang yang sebelum sahaja tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini telah menjalankan apa-apa kerja pembinaan boleh terus berbuat demikian dalam tempoh dua belas bulan daripada mula berkuat kuasanya Akta ini:
Dengan syarat bahawa dalam tempoh itu orang itu hendaklah dengan seberapa segera yang praktik membuat permohonan bagi pendaftaran sebagai kontraktor atau bagi akreditasi, pemerakuan dan pendaftaran sebagai pekerja binaan mahir atau penyelia tapak binaan.
Mana-mana kontraktor yang menjalankan apa-apa kerja pembinaan menurut suatu kontrak yang disempurnakan sebelum
64 Undang-Undang Malaysia AKTA 520
tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah dikecualikan daripada pembayaran apa-apa levi di bawah seksyen 34.
Lembaga Pembangunan Industri 65
Pembinaan Malaysia