Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2017Read it in English
Contents

Bahagian X

40. Kuasa untuk mengecualikan

(1)

Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengecualikan, tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri untuk dikenakan, mana-mana orang atau golongan orang daripada semua atau mana-mana peruntukan

Akta ini bagi apa-apa sebab yang baik yang selaras dengan maksud

Akta ini.

(2)

Menteri boleh pada bila-bila masa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta membatalkan mana-mana perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) jika Menteri berpuas hati bahawa pengecualian itu tidak lagi boleh diberikan.

Report